CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, June 29, 2011

PerCuTian 4 Bulan~part 2

Jun 2011

31-3/6/11-mengikuti program kecemerlangan PMR dan SPM sbgai fasilitator..huhu..mmg seronok sgt2..byk pengalaman baru hasil drpd penggabungan 20ipta..di sana para fasilitator tidak dberi sebarang tatacara,mahupun modul LDK bagi melancarkan program...ttapi dgn kerjasama dari smua ipta program bjalan dgn baik sekali..~asyik nk maen game je kt sane,fasi yg tlebeh excited..huhuhu~

4/6/11-penerbangan dari LCCT ke Kota Kinabalu~Kapal terbang syarikat penerbangan Air Asia~mse ni excited sgt,haha...smua bnde nk tgk..sy mmg Jakun..!:P..tp permandangan mmg terbaik...bertolak kul 4.00p.m dan tiba 6.50o.m .tiba di sana dh malam dh..jd sempat tgk matahari terbenam la..hee:)pastu bleh tgk pmandangan mcm kt google map tu real sbb sy duk tepi sekali dan sebelah sayap kapal terbang..huhuhu..bestkan?

selepas itu, kami dibawa ke pasar malam..erm sbb..kami dh lapar ni..hehe..rmai sgt org dkat pasar tu,meriah sgt..huhu.tp mknn kt sane lain..rase pn lain..sy sempat mkn rumpai laut dgn putu...rumpai laut tu masin sgt,putu(dari ubi kayu) tu pulak pahit...jd mmg xdpt nk hbeskan la..hah!kt sne byk sgt seafood..sy mkn ikan besar..sedap!haha:P..tp yg peliknye,tgk jam baru kul 10malam,rase cam dh kul 12..mngantuk sgt..mse tu trasela die punye perubahan mse dgn semenanjung..huhu

destinasi seterusnya ialah Universiti Malaysia Sabah,UMS..sampai sana,rehat kejap dan bersihkan diri..kemudian kami(80 orang) dibahagikan kepada 3kumpulan.1 bas ke Umas,1 bas ke Anjung Teduh dan 1bas lagi ke Desa Kencana.

5/6/11-perjalanan ke Anjung Teduh,Lahad Datu dari UMS yang mengambil mase 13jam.kami btolak pada pukul 1 pagi dan tiba tengahari di Felda Sahabat. ~bas express~

sesi penyerahan anak angkat,berehat di rumah keluarga angkat dan mesyuarat di sebelah petang.~van~

6/6/11-Kami yang ke Anjung Teduh seramai 21 orang dibahagikan kepada 2kumpulan.7orang akan menjadi fasi untuk program motivasi pelajar dan 14orang akan menjadi pembanci di kawasan Anjung Teduh iaitu Felda Sahabat 1 dan Sahabat 2.

Pembahagian kawasan dan pemantauan kawasan banci dilakukan pada sebelah petang. Demi tujuan keselamatan,kami diagihkan secara berpasangan(1lelaki,1perempuan) utk membanci di setiap rumah.kawasan perumahan kt situ mmg banyak sgt anjing!..huhuhu

petang itu,kami ke Desa Kencana untuk maen futsal dkat kompleks sukan semai bakti,Sahabat..huhu~geng bas sekolah~..pastu g pantai sahabat...maen air ler..hehe

7/6/11-senam aerobik,motivasi pelajar,banci dan malam kebudayaan...warga tempatan buat persembahan tradisional utk kami,siap pkai baju khas utk tarian lagi..mmg seronok..sy pn ditarik utk menari tarian sumazau di pentas..huhuhu:P

8/6/11-Majlis Ucaptama di Desa Kencana disebelah pagi..tghari, jalan2 di Bandar Cenderawaseh..petang,membanci la,ape lagi..petang2,maen badminton smpai sakit sebelah badan..hahaha..pastu malam ade BBQ kat umah keluarga angkat...huhu..makan sedap lg..nyam3~hehehehe

9/6/11-bergerak ke Kundasang,kaki bukit Gunung Kinabalu...~bas express~

10/6/11-tempat ni mmg sejuk sgt2..ktorang mnginap kt kem bina negara Kundasang,antara kem tercantek di Malaysia..wahh..bangga dpt smpai sini..hehe..indah,nyaman,cantek..subhanallah..nk tgk ke??dtg laaaa..:P

11/6/11-kembali ke Kota Kinabalu..kami menginap di hostel d bandar itu..pada malam itu kami pergi bershopping d Pasar Phillipine dan sempat melihat Pesta Keamatan..huhuhu

12/6/11-pagi2 g pasar lg..sy beli 6baju Sabah tapi 2dah hilang..xtau tcicir kt mne..:( dah kul 10pagi tu sy g pantai Tanjung Aru...cantek..nampak pulau2..em,pada pukul 3.45p.m kami berlepas dari terminal KK ke LCCT..selamat tinggal Sabah..

13/6/11-sudah berada di KLuang..tapi xbekerja hari ni..cuti..sbb sgt rindu Sabah..hahaha:D

14-27/6/11-berkhidmat di sekolah seperti biasa..( ade hari sukan,ade hari kantin,ade mesyuarat,selaluuu balik lambat)...bila weekend,balik kg..xpun pegi kenduri..tu jelaa..

28/6/11-dah BerHENTI KEJE..huhu..jd boleh berCUTI di rumah..hehe

29/6/11- Israk dan Mikraj...27 rejab..

30/6/11-Perjalanan ke Melaka ...tata~^_^






Tuesday, June 28, 2011

PerCuTian 4 Bulan~part 1


Mei 2011

28/4/11-Yes! da hbes exam,boleh balik rumah..yay2..!dari ukm,bangi ke kajang(dptla jmpe si comel,mikail..huhu)~ komuter~

29/4/11-dari kajang,selangor ke kluang,johor~ kereta api tanah melayu je~

30/4/11-dari kluang>mersing(mkn nasi dagang yg sedap)>muadzam(g pasar sabtu,teringat mse outing zaman skolah..huhuhu)>pekan(bndar draja,dlu slalu g sini sbb akak n abg skolah kt sini)>kuantan(bandar ni lg la byk kenangan..dari dlu ada satu pasaraya je,smpaila skrg dh mmbangun..pastu ktorang g JOM HEBOH..hehe..mmg best!~naik kereta saga baru ~

1/5/11-dari kuantan ke kenduri sepupu kt mne ek...erkk??lupe laa..hehe..tapi mse tu sy kne jd pengapit pengantin..mmg pnas ler..serik sudahh..haha~kereta myvi~

2/5/11-kuantan ke kluang(pulang kt tempat asal)~kereta gen2~

3-7/5/11-berehat di rumah je..hehe^_^.sambil2 pikir,ape nk wat cuti2 nie..hee~kereta sorong..LOL :P~

8/5/11-g ke Tanjung Leman,ade karnival Berita Harian..n ade pertandingn Joran..huhu..pastu g Tanjung Sedili..g beli keropok n buah pelam epal..huhu..last sekali g Bandar Kota Tinggi..:) bestnyer jalan2..hehe~kereta gen2~

9/5/11-misi mencari kerja..anta resume kt skolah menengah..huhuhhu~skuter karisma~

10/5/11-mood(dpt ke x ek?..lyak ke ak jd ckgu.?huhuhu)

11/5/11-dapat panggilan dari PPD,g PPD utk dapatkn surat tawaran bekerja..hurray2!!ngee~~kereta gen2~

12/5/11-lapor diri di sekolah..start mengajar...~kereta kembara~

13/5/11-edit kertas soalan peperiksaan~laptop~

14-15/5/11-penyediaan soalan2 peperiksaan di rumah cikgu aisah.
g kenduri kawen.

16/5/11-selamat hari guru!..first time nyanyi lagu kami guru malaysia..hua2..dpt hadiah..tp mse plajar2 wat psembahan tak sempat tgk sgt sbb kne uruskan kertas soalan dan kertas jawapan peperiksaan...warghhh mmg bz mse tu..huhuhu~jalan kaki~

17/5/11-hari wesak....cuti la..

18-20/5/11-jaga bdak pekse jer..

21-22/5/11-g kenduri kawen

23-26/5/11-sgt2 sibuk tanda kertas jawapan peperiksaan dak2 sekolah..mmg pening kepala nh..lg2 skema pn xde..buku teks jela mnjadi harapan..huhu..terbaik~

27/5/11-lepas skolah trus g kajang~kereta api tanah melayu~

28/5/11-HAPPY BIRTHDAY to me~g kenduri kt KL..tapi macam sedeh je hari ni sbb xdpt mkn kek kot..huhhuhu:(

29/5/11-g kenduri kt KL di siang hari..malam hari g winter sonata wedding kt Icity Shah Alam..best2..mmg cantek sgt..huhu..xkesahla owg kata bagaikn melayu tdak bpijak di bumi nyata..yg pntg mereka mampu dan xmnyusahkn ak kn..hehe:)

30/5/11-tiba d UITM shah alam


Monday, April 4, 2011

cantek??

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

-Artikel iluvislam.com

Sunday, December 26, 2010

Jiran-jiranku yg pelik..!

miza yg suke ketawa..piah yg sedih...wawa yg bising..nani yg comel..radi yg hilang...skin yg suke balik..mira yg sering ditinggalkan..ain yg suke berjalan2..ekin yg mengarot..hehehe~dworanglah yg menceriakan hidup sy..

"siapa boleh settlekn masalah saya"piah berkata..
namun semuanya hanya diam seribu bahasa.piah masih sibuk dengan masalahnya.pada malam ini,kami telah dipaksa oleh sapiah untuk masuk ke dalam masalah itu.bagaimanakah harus kami masuk ke dalam masalah tersebut???adakah dengan cara,merangkak??melayang2?berlari?menerjun?terbang?berjalan kaki?serta meniarap saja?..akhirnya,masalah masih belum selesai..haiyaaa piah~~~
"akhirnya semua2 nama yg di atas harus menemani diriku disisiku pergi pada malam ini di foyer"piah berkata-kata dengan penuh yakin..

justeru kami hanya mengangguk2 meng-ia-ia-kan jelah~akan tetapi hati kami meronta-ronta untuk mengatakan TIDAK..
"jahatnya korang..!!!"seperti tahu ape yg kami kata kn dalam hati kami..
lalu piah dengan sedehnya mengangkat punggung berlalu ke bilik air...
kami di dalam bilik ini hanya mampu memandang sepi pemergiannye ke bilik air..

sekian..wasssalam..

Wednesday, November 17, 2010

'...adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hdup ini bkn sekadar ketawa,&adakalanya kita perlu ketawa,agar kite tau mahalnya air mata...'
'...bersyukur pada orang yg menyakiti kamu krana die yg mnabahkan kamu,
bersyukur pada orang yg tak mngendahkan kamu krana dia yg mmupuk kamu berdikari,
bersyukur pada orang yg mnjatuhkan kamu krana dia yg memperhebatkan kemampuan kamu,
bersyukur pada orang yg mnyiksa kamu krana dia yg mnguji kesabaran dan ketabahan kamu..'

'...bersyukurlah kamu dan jgn sesekali mngeluh..krana..mngeluh tanda2 orang yg tidak bersyukur..'
'..dan ketahuilah setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..'

sahabat yg ku sayangi...mintalah teman yg soleh dlm sujud terakhirmu sewaktu tahajjud krana ia bisa mnguatkan kakimu djalan Allah...
sahabat yg ku kasihi..disekeliling kita terdapat hati yg kosong&rindukan sentuhan iman dr teman yg soleh...mulakan dgn jadikan dirimu penawar kpda mereka semua,penghidup hati-hati yg gersang,banyakn mmberi dari mngharap..
biarlah diri kita xdhargai,asalkan kita mnghargai org lain krana kelak Allah pasti mnghargai kita..

ketika aku mohon kekuatan,ALLAH mmberikan aku kesulitan sehingga aku kuat.
ketika aku mohon kebijaksanaan,ALLAH memberikan aku masalah untuk pecahkan.
ketika aku mohon kesejahteraan,ALLAH mmberikan aku akal untuk berfikir.
ketika aku mohon keberanian,ALLAH mmberikan aku bahaya untuk aku atasi.
ketika aku mohon bantuan,ALLAH mmberikan aku kesimpitan.
ketika aku xpnah menerima apa yg aku minta,tp aku menerima apa yg aku perlukan..

"..kita ada 1 saja hati,jika gembira,hati itulah..jika bertaqwa,hati itulah..jika beriman,hati yg 1 itu juga..jika bercinta,hati itu juga..jika terluka,hati nan 1 itu juga...terlalu 'satu' untuk byk perkara..maka..jagalah hatimu dan hati orang2 yg mnyayangimu...semoga hari2 yg dtempuhi dberkati..

Tuesday, October 5, 2010

‎"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"


‎"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"


Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"


‎"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"


‎"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"


by sempurna kefahaman

Friday, September 17, 2010

Aku bersyukur kapada Maha Esa
kerana menteteramkan jiwa kekasihku
Bertuah jua aku dapat mengecapi kebahagiaan sanubarinya.
Penat-lelah kasih sejati menyayangi aku tanpa mengira masa
Menasihatkan agar aku menjadi harapan di masa muka.

Ya Tuhan,berikanlah aku kekuatan menjaga kekasihku
Sebagaimana aku dinasihatinya dahulu.
Aku menerima lebih dari memberi
Apakah engkau merasa keletihan akan cinta?
Sungutan tidak pernah engkau lakukan.
Kesalan tidak pernah engkau lafazkan.

Pengorbanan kasih sejati tidak terbalas oleh diriku
Sesungguhnya,tiada kasih sayang seimbang cintamu.
Kehidupan hari ini penuh kecemasan.
Engkau menghadapinya dengan ketabahan.
Kehidupan tidak sunyi dari penderitaan.
Engkau menandinginya dengan keimanan.
Kerana engkau memupuk kejujuran,
Kerana engkau menanami kesetiaan,

Aku tidak akan kelaparan akan cinta
Juga tidak akan bersendirian.
Seluruh dunia sanggup mengakuinya
Engkau kasih sejati menerangi seluruh kegelapan.
Penghormatan tertinggi mencapai langit
Penghargaanku kepada engkau kasih sejati