CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS �

Monday, April 4, 2011

cantek??

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

-Artikel iluvislam.com

Sunday, December 26, 2010

Jiran-jiranku yg pelik..!

miza yg suke ketawa..piah yg sedih...wawa yg bising..nani yg comel..radi yg hilang...skin yg suke balik..mira yg sering ditinggalkan..ain yg suke berjalan2..ekin yg mengarot..hehehe~dworanglah yg menceriakan hidup sy..

"siapa boleh settlekn masalah saya"piah berkata..
namun semuanya hanya diam seribu bahasa.piah masih sibuk dengan masalahnya.pada malam ini,kami telah dipaksa oleh sapiah untuk masuk ke dalam masalah itu.bagaimanakah harus kami masuk ke dalam masalah tersebut???adakah dengan cara,merangkak??melayang2?berlari?menerjun?terbang?berjalan kaki?serta meniarap saja?..akhirnya,masalah masih belum selesai..haiyaaa piah~~~
"akhirnya semua2 nama yg di atas harus menemani diriku disisiku pergi pada malam ini di foyer"piah berkata-kata dengan penuh yakin..

justeru kami hanya mengangguk2 meng-ia-ia-kan jelah~akan tetapi hati kami meronta-ronta untuk mengatakan TIDAK..
"jahatnya korang..!!!"seperti tahu ape yg kami kata kn dalam hati kami..
lalu piah dengan sedehnya mengangkat punggung berlalu ke bilik air...
kami di dalam bilik ini hanya mampu memandang sepi pemergiannye ke bilik air..

sekian..wasssalam..

Wednesday, November 17, 2010

'...adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hdup ini bkn sekadar ketawa,&adakalanya kita perlu ketawa,agar kite tau mahalnya air mata...'
'...bersyukur pada orang yg menyakiti kamu krana die yg mnabahkan kamu,
bersyukur pada orang yg tak mngendahkan kamu krana dia yg mmupuk kamu berdikari,
bersyukur pada orang yg mnjatuhkan kamu krana dia yg memperhebatkan kemampuan kamu,
bersyukur pada orang yg mnyiksa kamu krana dia yg mnguji kesabaran dan ketabahan kamu..'

'...bersyukurlah kamu dan jgn sesekali mngeluh..krana..mngeluh tanda2 orang yg tidak bersyukur..'
'..dan ketahuilah setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..'

sahabat yg ku sayangi...mintalah teman yg soleh dlm sujud terakhirmu sewaktu tahajjud krana ia bisa mnguatkan kakimu djalan Allah...
sahabat yg ku kasihi..disekeliling kita terdapat hati yg kosong&rindukan sentuhan iman dr teman yg soleh...mulakan dgn jadikan dirimu penawar kpda mereka semua,penghidup hati-hati yg gersang,banyakn mmberi dari mngharap..
biarlah diri kita xdhargai,asalkan kita mnghargai org lain krana kelak Allah pasti mnghargai kita..

ketika aku mohon kekuatan,ALLAH mmberikan aku kesulitan sehingga aku kuat.
ketika aku mohon kebijaksanaan,ALLAH memberikan aku masalah untuk pecahkan.
ketika aku mohon kesejahteraan,ALLAH mmberikan aku akal untuk berfikir.
ketika aku mohon keberanian,ALLAH mmberikan aku bahaya untuk aku atasi.
ketika aku mohon bantuan,ALLAH mmberikan aku kesimpitan.
ketika aku xpnah menerima apa yg aku minta,tp aku menerima apa yg aku perlukan..

"..kita ada 1 saja hati,jika gembira,hati itulah..jika bertaqwa,hati itulah..jika beriman,hati yg 1 itu juga..jika bercinta,hati itu juga..jika terluka,hati nan 1 itu juga...terlalu 'satu' untuk byk perkara..maka..jagalah hatimu dan hati orang2 yg mnyayangimu...semoga hari2 yg dtempuhi dberkati..

Tuesday, October 5, 2010

‎"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"


‎"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"


Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"


‎"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"


‎"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"


by sempurna kefahaman

Friday, September 17, 2010

Aku bersyukur kapada Maha Esa
kerana menteteramkan jiwa kekasihku
Bertuah jua aku dapat mengecapi kebahagiaan sanubarinya.
Penat-lelah kasih sejati menyayangi aku tanpa mengira masa
Menasihatkan agar aku menjadi harapan di masa muka.

Ya Tuhan,berikanlah aku kekuatan menjaga kekasihku
Sebagaimana aku dinasihatinya dahulu.
Aku menerima lebih dari memberi
Apakah engkau merasa keletihan akan cinta?
Sungutan tidak pernah engkau lakukan.
Kesalan tidak pernah engkau lafazkan.

Pengorbanan kasih sejati tidak terbalas oleh diriku
Sesungguhnya,tiada kasih sayang seimbang cintamu.
Kehidupan hari ini penuh kecemasan.
Engkau menghadapinya dengan ketabahan.
Kehidupan tidak sunyi dari penderitaan.
Engkau menandinginya dengan keimanan.
Kerana engkau memupuk kejujuran,
Kerana engkau menanami kesetiaan,

Aku tidak akan kelaparan akan cinta
Juga tidak akan bersendirian.
Seluruh dunia sanggup mengakuinya
Engkau kasih sejati menerangi seluruh kegelapan.
Penghormatan tertinggi mencapai langit
Penghargaanku kepada engkau kasih sejati




Tuesday, August 3, 2010

Aku Di Sini...

Akhirnya aku berjaya mmasuki universiti.UKM Bangi.sape xtau angkat kepala!ish3...teruk betul..U ni dh 40 tahun tau...tue doh le...sekarang aku bukan nak cerita pasal betapa misterinya atau apakah mitos yg dkaitkn dgn bangunan UKM yg tidak cat dan seperti bangunan terbengkalai,bukan juga untuk ceritakan hal2 semasa minggu mesra pelaja(mmp) ,lagikan pula aku salah seorang pelajar yg mmbuat persembahan semasa Malam Percikan SEni..hurm.ape bakat yg aku ade ek??..mari meneka ya..tari?nyanyi?berlakon?mngacara?bermain alat muzik?bersilat?..atau sekadar pembantu teknikal..hahaha...aku la yg bermain muzik gamelan malam tu...sedapkan?..kemudian..peristiwa perang DECTAR...huh...opsss terlebeh sudaa..bukan juga untuk meminta simpati bahawa sejak berada di sini sudah beberapa kali dlanda demam,batuk,slsma...Ya Allah berilah aku kesihatan yg baik..aminn...bukan juga untuk membangga2kn bilik ku yg seperti hotel ini...sungguh aku bersyukur..Alhamdullilah...jadi apa yg aku mahu ceritakan sebenarnya...bkn juga untuk menceritakan perihal2 orang2 di sini..pelajarnya,pensyarahnya,pegawainya...bkn3!..hehehe..sabar2...bkn juga untuk mnceritakan betapa sibuknya aku join beberapa persatuan disini terutama sebagai sekretriat expo dan jualan bagi pesta konvo tak lama lagi..haaa!!...nak cerita la ni..cerita ape ye?aktiviti bkn,bangunan bkn,mase mmp pn bkn,pasal orang pn bukan,pasal sakit pn tak jugak..herm...pasaaal..monyet..hahahaha..bile bukak tingkap dari bilik ni..nampakla monyet..automatik nampakla hutan..banyak sgt..operasinya waktu pagi dan petang ceroboh masuk asrama...wat2 aksi jackie chan merompak dalam movie..pastu tumbangkan sume tong sampah..termasuklah yg ada depan bilik aku kan...ish3...kesian makcik cleaner tau x!!!..xgne ckap kt monyet..sbb kau laparkan, xpelah...mase aku tengah tdo...sedap je eh kau makan epal..pastu kau curi sunkist kn...amboi2...tapi aku xkesah..dh rezeki kau..makanla..



t aku sambung lagi....

KERINDUAN PADA YG ESA

Terhampar aku di sahara kering gersang
dihimpit relung hati ketandusan yang panjang
bisakah saat ini kukatakan aku sedang kerinduan?
akankah kau pinjamkan cinta pada sukmaku yang tak tertahan?


rasa ini, pergi lah ia agar rintik-rintik hitam terbuang
kelam ini, sinarilah
agar ia diterangi pendar cahaya-Mu yang benderang


betapa rindu ini semakin merasukku
cinta ini semakin menyihirku
sampai terasa sakit menikam sendi-sendi
apakala saraf dan nadi kian digari
oleh penjara nafsu kelamku tersembunyi


betapa akulah keangkuhan sekerdil semut
akulah jasad kekayaan nikmat
akulah jiwa kemiskinan syukur


pada senjang waktu yang fana ini
izinkan tuk aku merasai dekapan cinta
dan biarkan aku rebah ke pangkuan
Quran dan sunnah-Mu..